Sebagai muslim kita percaya bahawa setelah kehidupan dunia ada kehidupan akhirat. Alam akhirat adalah alam pembalasan atas segala amalan kita di dunia. Oleh itu, tak pernah lekang harapan agar kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Walaupun kebahagiaan akhirat itu lebih perlu dicari, tetapi kita juga menginginkan kebahagiaan di dunia. InsyaAllah

Monday 17 June 2013

Cabaran Pembentukan Keluarga Islam & Penyelesainya [ Tugasan HIS224: Institusi kekeluargaan Islam]

Dalam menghadapi pembentukan keluarga islam pelbagai pendekatan atau penyelesaian yang pelu dilakukan agar kehidupan keluarga islam pada masa kini lebih terjamin dengan pelbagai pengaruh sekeliling. Kehidupan sekarang memaksa setiap individu mencari kekayaan atau kemewahan merupakan satu kesan yang akan memaksa mereka ini untuk mengabaikan keluarga, terutama ibubapa. Sememangnya tanggungjawab ibubapa memberi segala kesenangan kepada anak-anak tetapi itu tidak beerti ibubapa boleh bersikap lepas tangan untuk memberi ilmu agama kepada anak-anak. Pembentukan sebuah kelurga islam yang bahagia mesti bermula dari ilmu dan ilmu itu mesti diajar atau dipratikkan oleh ibubapa itu sendiri. beberapa perkara penting sepatutnya kekal terutamanya dalam hubungan keluarga dan juga beberapa peranan asas ibubapa. Untuk memastikan keluarga stabil dan dapat menghadapi perubahan serta anak-anak dapat membesar dengan sihat dari segi fizikal dan rohani, kita mesti mempelajari bagaimana untuk menghadapi perubahan ini secara positif. Kita mesti belajar untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan-perubahan ini agar dapat menjalankan peranan kita dengan berkesan. Tugas ini merupakan suatu tugas berat kepada ibubapa, dan ibubapa harus bekerja keras untuk mencapainya.
            Peranan yang paling utama ialah suami sebagai ketua dalam keluarga yang mampu mendidik anak dan isteri untuk mengenali Allah di samping bantuan daripada isteri solehah yang tahu akan tanggungjawab untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah sehingga dapat melahirkan anak-anak yang soleh yang taat pada perintah Allah dan ibubapanya.Semua cabaran itu boleh ditangani jika keluarga dibina atas rasa cinta yang ikhlaskerana Allah sebagai matlamat seluruh keluarga. Jadikan keredaan Allah sebagaimatlamat seluruh ahli keluarga dan meletakkan hala tuju masa depan keluarga yang jelas. Apa yang paling utama adalah, setiap keluarga perlu menintik beratkan soal agama dan iman serta memupuk mereka dengan nilai akhlak yang mulia. Selain itu,mencari rezeki yang halal juga merupakan perkara penting supaya sesebuah institusi keluarga dalam Islam adalah memenuhi keperluan jasmani dan batin atau dunia dan akhirat. Ketenangan, kecintaan dan kasih sayang merupakan intipati kepada kecemerlangan sesebuah keluarga.
KERAJAAN
            Kerajaan merupakan satu elemen yang penting bagi membentuk keluarga islam pada masa kini. Kerajaan mempunyai satu kuasa undang-undang yang membolehkan keluarga islam terbentuk walaupun melalui unsur paksaaan. Setiap individu mengetahui, kerajaan merupakan satu badan yang tertinggi dalam sesebuah negara, peranan karajaan memupuk keluarga islam amat besar. Kerajaan mempunyai pelbagai saluran untuk melaksanakannya seperti, saluran akademik(pendidikan), media, undang-undang dan sebagainya lagi.
            Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada dipersekitaran dan dengan ilmu yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang. Menurut perspektif Islam, pendidikan anak adalah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka dengan berteraskan nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tujuannya adalah bagi melahirkan insan rabbani yang beriman, bertakwa danberamal soleh. Dalam aspek ini, kerajaan boleh menggunakan medium pendidikan sebagai satu  cara atau jalan membentuk keluarga islam. Pendidikan dari segi islam mesti diberi penekanan supaya pembentukan sebuah keluarga islam menjadi dengan sempurna dengan anak-anak yang berilmu.
            Kerajaan juga boleh mngguna media atau undang-undang sebagai satu langkah untuk membentuk keluarga islam. Media merupakan satu keperluan kepada msayrakat pada masa kini, kerana segala maklumat, hiburan dan pembelajran terdapat dalam media. Media cetak dan elektronik merupakan media yang sama-sama mendapat sambutan. Kerajaan boleh menetapkan media agar memperbanyakkan  ilmu (ceramah), drama keluarga islam, iklan dan sebagainya lagi.
            Undang-undang juga merupakan satu altenatif kepada kepada pembentukkan keluaraga islam. Keluarga islam pada zaman ini sukar di bentuk kerana longgarnya sistem undang-undang. Sebagai satu contoh, maksiat semakin berleluasa dan mendapat sambutan dikalangan remaja-remaja pada masa kini. Apabila maksiat menjadi pilihan dalam kehidupan seharian, memebntuk keluarga islam akan menjadi sukar. Kerajaan harus lebih tegas dalam pelaksanaan undang-undang maksiat ini kerana kesannya amat kuat kepada orang islam.
MASYARAKAT (KOMUNITI)
            Masyarakat merupakan satu institusi yang lebih besar dari institusi keluarga, masyarakat boleh memainkan peranan yang berkesan membentuk suasana keluarga islam yang sangat baik. Suasana sekliling sebenarnya amat berpengaruh kepada setiap individu terutama kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dibesarkan dalam suasana masyarakat yang penyayang, kuat beragama, hormat menghormati dan sebagainya lagi akan memberi kesan positif kepada kanak-kanak itu dewasa nanti. Disini la pentingnya semua ibubapa dalam sebuah masyarakat menunjukkan tauladan yang baik dan cuba membentuk keluarga islam yang bahagia, agar anak-anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan ilmu agama yang cukup.
             Masyarakat juga perlu lebih tegas pada masa kini, kebanyakkan masyarakat pada masa kini lebih suka melihat daripada menegur. Apabila melihat ahli komuniti kita banyak melakukan kesalahan yang boleh mejejaskan keluarga, masyarakat lebih suka ambik sikap lepas tangan dan tidak cuba menolong. Sebagai saudara satu agama, komuniti atau masyarakat itu perlu lebih tegas untuk membantu kerana satu keluarga yang rasok akan memberi pengaruh kepada keluarga yang lain.

Kesimpulanya, keluarga masa kini sememangnya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang boleh mengugat kesejahteraan keluarga itu sendiri. Bagi mengelakkan hal ini setiap ahli keluarga perlu dididik untuk membina kekuatan bagi mengatasi cabaran-cabaran itu. Dalam hal ini, pendidikan anak-anak perlu diberi perhatian utama.Selain itu, kita perlu memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang kewajipan ibubapadalam mendidik anak-anak. Seterusnya, memberi kefahaman tentang kaedah dan cabarankeibubapaan masa kini.
Dengan ini, kita dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam pengurusan kehidupan berkeluarga masa kini.Setiap yang bergelar manusia harus mengetahui, memahami seterusnya mengamalkan segala bentuk amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya samada amanah terhadap Allah,Rasul, diri sendiri, masyarakat dan perkhidmatan kerana ia telah dipertanggungjawabkan, setiap tanggungjawab perlu dilunaskan agar tidak merosakkan kehidupan kita di dunia ini.Kesediaan ibu bapa mengendalikan tanggungjawab mengasuh dan mendidik anak-anak merupakan satu perkara yang sangat penting. Ibu bapa mesti bersedia dan merancang apa yang harus dilakukan sebelum mereka menerima kelahiran cahaya mata.Mendidik anak pada zaman ini berbeza dengan zaman dahulu. Ayah dan ibu masa kini tidak mungkin boleh mengamalkan pendekatan pendidikan yang pernah mereka lalui dahulu.Sekarang, ramai ibu bapa yang sama-sama bekerja untuk memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka. Peranan suami kini bukan lagi semata-mata untuk mencari pendapatan tetapi perlu jugamenyumbang kepada asuhan dan didikan anak-anak.Oleh itu, kemahiran keibubapaan zaman ini lebih mencabar. Namun, dengan usaha bersungguh-sungguh, kesabaran yang tinggi serta kerjasama erat antara suami dan isteri maka didikan danasuhan yang berkualiti akan dapat diberikan kepada anak-anak tersayang.

            Selaain daripada ibubapa yang banyak memainkan peranan untuk membentuk kelurga islam, pihak lain seperti masyarakat, NGO dan kerajaan merupakan antara pihak yang bertanggungjawab. Pelbgai program yang boleh dibuat oleh pihak kerajaan bagi memastikan silaturahim antara ahli keluarga islam semakin rapat. Melalui pelbagai pendekatan yang dibuat, secara tidak langsung boleh menyedar individu mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam keluarga.

No comments:

Post a Comment