Sebagai muslim kita percaya bahawa setelah kehidupan dunia ada kehidupan akhirat. Alam akhirat adalah alam pembalasan atas segala amalan kita di dunia. Oleh itu, tak pernah lekang harapan agar kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Walaupun kebahagiaan akhirat itu lebih perlu dicari, tetapi kita juga menginginkan kebahagiaan di dunia. InsyaAllah

Friday 4 October 2013

Kemanisan Ibadah Haji

Assalamualykum w.b.t..

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian,pada kali ini saya ingin membawa coretan yang bertajuk "Kemanisan Haji".

MUSIM haji tiba lagi. Sebagaimana lazimnya, beribu-ribu lagi jemaah haji dari seluruh dunia mula berlepas dan bakal berkumpul di Tanah Haram Mekah bagi menunaikan salah satu daripada cabang Rukun Islam yang lima.

Kewajipan menunaikan fardu haji tidak boleh dipandang remeh oleh semua muslimin dan muslimat yang cukup perbelanjaan, sihat tubuh badan dan aman perjalanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: 

Dan Allah mewajibkan manusia melaksanakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu kepada setiap orang yang mampu dan berdaya sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada sekelian makhluk. (Al-Imran: 97)

Rasulullah SAW pula melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan al-Baihaqi telah bersabda yang bermaksud: "

Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan haji (hingga mati tanpa ada keuzuran) maka tiada halangan baginya mati sebagai Yahudi atau Nasrani (dari segi seksaan-Nya) kerana Allah telah berfirman dalam kitabnya yang bermaksud: "Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai ke sana."


Berdasarkan intipati daripada hadis dan firman Allah di atas, maka jelas hukumnya adalah menjadi kesalahan jika ada di kalangan umat Islam yang telah memenuhi segala syarat yang ditetapkan tetapi dengan sengaja enggan menunaikan ibadat haji sebagaimana yang dituntut agama.

Justeru, ketiga-tiga Imam mazhab Hanbali, Maliki dan Hanafi sepakat mengatakan adalah wajib menyegerakan perlaksanaan ibadat haji bagi mereka yang telah mampu, jangan bertangguh-tangguh lagi kerana dikhuatiri akan meninggal dunia sebelum ibadat tersebut dapat ditunaikan.

Bagaimanapun, Imam Syafie pula berpendapat, menunaikan haji tidak semestinya dengan keadaan yang segera.Ibadat haji yang dilaksanakan di Mekah pada satu tempoh waktu yang dihadkan (bulan haji) menemukan umat Islam daripada pelbagai tempat atau negeri, berlainan warna kulit, bahasa dan kebudayaan.

Perhimpunan raksasa umat Islam sedunia ini adalah untuk memenuhi undangan sebagai tetamu Allah dalam menghidupkan suasana persaudaraan Islam sejati berserta tekad dan keimanan yang bulat dan teguh terhadap Allah SWT.

Menerusi ibadat haji juga melahirkan tanggungjawab bersama bahawa manusia sebagai makhluk Allah dan khalifah-Nya di muka bumi ini, hendaklah bekerjasama antara satu bangsa dengan bangsa lainnya dalam menyusun perjuangan memanfaatkan hasil dari bumi Allah ini, selama mana mereka berada dalam neraca tauhid yang satu.

Dengan demikian tercerminlah hubungan antara manusia dengan segala macam warna kulitnya, perbezaan bahasa, bentuk tubuh badan serta kelainan watak pembawaannya.
Perbezaan ini kita lihat bukan untuk diterima pada keseluruhannya tetapi untuk diambil hikmatnya bahawa manusia itu sama sahaja, yang membezakan dalam darjat dan martabat adalah takwa kepada Allah SWT.

Perhimpunan pada musim haji ini turut membuktikan bahawa umat Islam semuanya adalah sebagai tetamu Allah. Berpakaian ihram putih melambangkan kesamarataan, tidak lagi dinilai pangkat, kekayaan dan keturunan seseorang apabila ia datang menunaikan ibadat haji.

Dengan berpakaian seragam putih menghapuskan segala perbezaan, lambang daripada ketiadaan perbezaan pangkat dan keturunan dalam pandangan Islam. Kecil besar, kaya miskin, berkulit putih atau hitam, semuanya adalah sama di sisi Allah yang sujud kepada-Nya.Di tempat ini mereka memuji, berdoa dan mengagungkan kebesaran Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Daripada sudut lain, mengunjungi Baitullah atau rumah Allah ini adalah untuk menyaksikan sendiri bagaimana kesan perjuangan para rasul terutama Nabi Ibrahim as, Nabi Ismail as dan Rasulullah SAW dalam menegakkan syariat Allah di muka bumi ini.
Kedua-dua kota suci iaitu Mekah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah diharuskan kepada mereka yang menunaikan haji mempelajari dan menyaksikan sendiri kesan tempat di mana baginda Rasullullah SAW berjuang menegakkan Islam. Kedua-dua tempat inilah Nabi SAW memancarkan Islam yang menerangi seluruh dunia.

Ibadat tawaf dan saie dilakukan dalam suasana khusyuk memberikan kegembiraan jelas terhadap keagungan dan kebesaran Allah. Bacaan-bacaan dilafazkan bagi menyucikan jiwa dan memberikan tafsiran bahawa muslimin hidup berdikari, selalu cergas dalam menempuh perjuangan hidup.

Wukuf di Arafah yang merupakan salah satu rukun haji yang mana jemaah haji akan ditempatkan di satu kawasan padang pasir dalam khemah yang sama bentuk di tengah-tengah sinaran cahaya matahari tanpa kelengkapan yang sempurna seperti yang terdapat di rumah-rumah mereka sendiri.

Disifatkan oleh setengah ulama sebagai lambang perhimpunan manusia di akhirat kelak untuk menunggu pengadilan Allah atas segala perbuatan yang telah dilakukan di dunia.
Oleh kerana itu, ibadat haji diharapkan dapat melahirkan rasa keinsafan dalam kalangan umat Islam bahawa mereka pasti akan kembali menemui Allah suatu hari kelak dengan tidak akan membawa bersama harta, pangkat, anak-pinak kecuali iman, Islam, amal kebajikan dan takwa.

Para jemaah patut mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kesulitan dan ketidakselesaan semasa berada di Tanah Suci nanti dengan penuh sabar, tabah dan rasa syukur.

Ini kerana, apa jua perkara yang dihadapi adalah ujian kepada keimanan dan kesabaran dalam menyempurnakan perintah Allah. Sebagai manusia kita hanya mampu berusaha, perlaksanaan adalah mengikut ketentuan Allah SWT.

Hikmat dan tujuan ibadat haji ini tidak akan dapat dirasakan oleh para jemaah yang menunaikan haji tanpa niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah.


Semoga bakal-bakal jemaah haji kita akan dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna serta memenuhi syarat dan rukunnya untuk mencapai tujuan dan


Friday 21 June 2013

Kenali Syaaban.


PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabatmenjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaabantahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.

Monday 17 June 2013

Cabaran Pembentukan Keluarga Islam & Penyelesainya [ Tugasan HIS224: Institusi kekeluargaan Islam]

Dalam menghadapi pembentukan keluarga islam pelbagai pendekatan atau penyelesaian yang pelu dilakukan agar kehidupan keluarga islam pada masa kini lebih terjamin dengan pelbagai pengaruh sekeliling. Kehidupan sekarang memaksa setiap individu mencari kekayaan atau kemewahan merupakan satu kesan yang akan memaksa mereka ini untuk mengabaikan keluarga, terutama ibubapa. Sememangnya tanggungjawab ibubapa memberi segala kesenangan kepada anak-anak tetapi itu tidak beerti ibubapa boleh bersikap lepas tangan untuk memberi ilmu agama kepada anak-anak. Pembentukan sebuah kelurga islam yang bahagia mesti bermula dari ilmu dan ilmu itu mesti diajar atau dipratikkan oleh ibubapa itu sendiri. beberapa perkara penting sepatutnya kekal terutamanya dalam hubungan keluarga dan juga beberapa peranan asas ibubapa. Untuk memastikan keluarga stabil dan dapat menghadapi perubahan serta anak-anak dapat membesar dengan sihat dari segi fizikal dan rohani, kita mesti mempelajari bagaimana untuk menghadapi perubahan ini secara positif. Kita mesti belajar untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan-perubahan ini agar dapat menjalankan peranan kita dengan berkesan. Tugas ini merupakan suatu tugas berat kepada ibubapa, dan ibubapa harus bekerja keras untuk mencapainya.
            Peranan yang paling utama ialah suami sebagai ketua dalam keluarga yang mampu mendidik anak dan isteri untuk mengenali Allah di samping bantuan daripada isteri solehah yang tahu akan tanggungjawab untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah sehingga dapat melahirkan anak-anak yang soleh yang taat pada perintah Allah dan ibubapanya.Semua cabaran itu boleh ditangani jika keluarga dibina atas rasa cinta yang ikhlaskerana Allah sebagai matlamat seluruh keluarga. Jadikan keredaan Allah sebagaimatlamat seluruh ahli keluarga dan meletakkan hala tuju masa depan keluarga yang jelas. Apa yang paling utama adalah, setiap keluarga perlu menintik beratkan soal agama dan iman serta memupuk mereka dengan nilai akhlak yang mulia. Selain itu,mencari rezeki yang halal juga merupakan perkara penting supaya sesebuah institusi keluarga dalam Islam adalah memenuhi keperluan jasmani dan batin atau dunia dan akhirat. Ketenangan, kecintaan dan kasih sayang merupakan intipati kepada kecemerlangan sesebuah keluarga.
KERAJAAN
            Kerajaan merupakan satu elemen yang penting bagi membentuk keluarga islam pada masa kini. Kerajaan mempunyai satu kuasa undang-undang yang membolehkan keluarga islam terbentuk walaupun melalui unsur paksaaan. Setiap individu mengetahui, kerajaan merupakan satu badan yang tertinggi dalam sesebuah negara, peranan karajaan memupuk keluarga islam amat besar. Kerajaan mempunyai pelbagai saluran untuk melaksanakannya seperti, saluran akademik(pendidikan), media, undang-undang dan sebagainya lagi.
            Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada dipersekitaran dan dengan ilmu yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang. Menurut perspektif Islam, pendidikan anak adalah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka dengan berteraskan nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tujuannya adalah bagi melahirkan insan rabbani yang beriman, bertakwa danberamal soleh. Dalam aspek ini, kerajaan boleh menggunakan medium pendidikan sebagai satu  cara atau jalan membentuk keluarga islam. Pendidikan dari segi islam mesti diberi penekanan supaya pembentukan sebuah keluarga islam menjadi dengan sempurna dengan anak-anak yang berilmu.
            Kerajaan juga boleh mngguna media atau undang-undang sebagai satu langkah untuk membentuk keluarga islam. Media merupakan satu keperluan kepada msayrakat pada masa kini, kerana segala maklumat, hiburan dan pembelajran terdapat dalam media. Media cetak dan elektronik merupakan media yang sama-sama mendapat sambutan. Kerajaan boleh menetapkan media agar memperbanyakkan  ilmu (ceramah), drama keluarga islam, iklan dan sebagainya lagi.
            Undang-undang juga merupakan satu altenatif kepada kepada pembentukkan keluaraga islam. Keluarga islam pada zaman ini sukar di bentuk kerana longgarnya sistem undang-undang. Sebagai satu contoh, maksiat semakin berleluasa dan mendapat sambutan dikalangan remaja-remaja pada masa kini. Apabila maksiat menjadi pilihan dalam kehidupan seharian, memebntuk keluarga islam akan menjadi sukar. Kerajaan harus lebih tegas dalam pelaksanaan undang-undang maksiat ini kerana kesannya amat kuat kepada orang islam.
MASYARAKAT (KOMUNITI)
            Masyarakat merupakan satu institusi yang lebih besar dari institusi keluarga, masyarakat boleh memainkan peranan yang berkesan membentuk suasana keluarga islam yang sangat baik. Suasana sekliling sebenarnya amat berpengaruh kepada setiap individu terutama kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dibesarkan dalam suasana masyarakat yang penyayang, kuat beragama, hormat menghormati dan sebagainya lagi akan memberi kesan positif kepada kanak-kanak itu dewasa nanti. Disini la pentingnya semua ibubapa dalam sebuah masyarakat menunjukkan tauladan yang baik dan cuba membentuk keluarga islam yang bahagia, agar anak-anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan ilmu agama yang cukup.
             Masyarakat juga perlu lebih tegas pada masa kini, kebanyakkan masyarakat pada masa kini lebih suka melihat daripada menegur. Apabila melihat ahli komuniti kita banyak melakukan kesalahan yang boleh mejejaskan keluarga, masyarakat lebih suka ambik sikap lepas tangan dan tidak cuba menolong. Sebagai saudara satu agama, komuniti atau masyarakat itu perlu lebih tegas untuk membantu kerana satu keluarga yang rasok akan memberi pengaruh kepada keluarga yang lain.

Kesimpulanya, keluarga masa kini sememangnya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang boleh mengugat kesejahteraan keluarga itu sendiri. Bagi mengelakkan hal ini setiap ahli keluarga perlu dididik untuk membina kekuatan bagi mengatasi cabaran-cabaran itu. Dalam hal ini, pendidikan anak-anak perlu diberi perhatian utama.Selain itu, kita perlu memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang kewajipan ibubapadalam mendidik anak-anak. Seterusnya, memberi kefahaman tentang kaedah dan cabarankeibubapaan masa kini.
Dengan ini, kita dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam pengurusan kehidupan berkeluarga masa kini.Setiap yang bergelar manusia harus mengetahui, memahami seterusnya mengamalkan segala bentuk amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya samada amanah terhadap Allah,Rasul, diri sendiri, masyarakat dan perkhidmatan kerana ia telah dipertanggungjawabkan, setiap tanggungjawab perlu dilunaskan agar tidak merosakkan kehidupan kita di dunia ini.Kesediaan ibu bapa mengendalikan tanggungjawab mengasuh dan mendidik anak-anak merupakan satu perkara yang sangat penting. Ibu bapa mesti bersedia dan merancang apa yang harus dilakukan sebelum mereka menerima kelahiran cahaya mata.Mendidik anak pada zaman ini berbeza dengan zaman dahulu. Ayah dan ibu masa kini tidak mungkin boleh mengamalkan pendekatan pendidikan yang pernah mereka lalui dahulu.Sekarang, ramai ibu bapa yang sama-sama bekerja untuk memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka. Peranan suami kini bukan lagi semata-mata untuk mencari pendapatan tetapi perlu jugamenyumbang kepada asuhan dan didikan anak-anak.Oleh itu, kemahiran keibubapaan zaman ini lebih mencabar. Namun, dengan usaha bersungguh-sungguh, kesabaran yang tinggi serta kerjasama erat antara suami dan isteri maka didikan danasuhan yang berkualiti akan dapat diberikan kepada anak-anak tersayang.

            Selaain daripada ibubapa yang banyak memainkan peranan untuk membentuk kelurga islam, pihak lain seperti masyarakat, NGO dan kerajaan merupakan antara pihak yang bertanggungjawab. Pelbgai program yang boleh dibuat oleh pihak kerajaan bagi memastikan silaturahim antara ahli keluarga islam semakin rapat. Melalui pelbagai pendekatan yang dibuat, secara tidak langsung boleh menyedar individu mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam keluarga.

Sunday 2 June 2013

Tundukkan Hatimu


ASSALAMUALYKUM

bertemu kembali setelah sekian lama menyepi...
kesibukan sbg seorang mahasiswa agak mengekang masa utk menulis..

hari ini, ingin berkongsi mengenai qiyam dalam solat 

Qiyam ataupon dengan kata lain berdiri dalam solat adalah sangat penting. Hal yang demikian kerana qiyam yang tidak disertakan dengan penghayatan dan ilmu adalah tidak lebih daripada menunggu kayu kekeringan menanti utk rebah. Sebanyak mana ibadah pun dilakukan ia tidak memberi kesan pada jiwa.

Sabda baginda Rasulullah S.A.W

"Betapa ramai orang yg mendirikan solat (tetapi) habuan daripadanya hanyalah penat lelah dan letih lesu jiwa (Riwayat An-Nasa'i.)

Kita sebenarnya perlu mencontohi Qiyan baginda Rasulullah S.A.W

Qiyam baginda adalah qiyam kehambaan, qiyam kesyukuran dan merupakan pengabdian baginda paling tinggi kepada Allah S.W.T

Ini jelas daripada hadis riwayat al bukhari

Baginda telah berdiri begitu lama dalam solatnya sehingga kedua kakinya menjadi bengkok.. Ketika ditanya "bukankah Allah telah mengampuni segala dosamu yang terdahulu ddan yang akan datang? Baginda menjawab "tidak bolehkan aku menjadi hambaNya yang bersyukur"?

Allahurobbi..

Bagaimana pula agaknya dengan qiyam kita yang setelah bertahun-tahun solat...

SEJAUH MANAKAH KUALITINYA??

AYUH MUHASABAH SEMULA.......

semuanya kembali kepada ILMU dan KEFAHAMAN kita