Sebagai muslim kita percaya bahawa setelah kehidupan dunia ada kehidupan akhirat. Alam akhirat adalah alam pembalasan atas segala amalan kita di dunia. Oleh itu, tak pernah lekang harapan agar kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Walaupun kebahagiaan akhirat itu lebih perlu dicari, tetapi kita juga menginginkan kebahagiaan di dunia. InsyaAllah

Saturday 21 July 2012

Ramadhan Kareem

Bulan demi bulan telah berlalu
Tahun demi tahun telah berlalu
Kehangatanya sudah mula dirasakan
Demi menyeru seruan Ilahi

Assalamualykum w.b.t

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN !!!!

Alhamdulillah , marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah S.W.T dgn limpah dan kurnianya sekali lagi kita dipertemukan dgn suatu bulan yang tiada tolok bandingnya dgn bulan-bulan yang lain. Bulan yang dinamakan sebagai RAMADHAN

Saban tahun kita menyambut kedatangan bulan yang mulia ini, tetapi adakah bulan ini meningkatkan ketaqwaan kita kpd Allah ataupun sama shj setiap kali ia menjelma. Oleh yang demikian marilah bersama-sama muhasabah semula apakah yg kita lakukan dlm Ramadhan yang lepas. semoga dengannya Ramadhan kali ini lebih baik dr yg lepas2

Ramadhan yang merupakan bulan yang sangat mulia, bermacam-macam kelebihan dan kebaikan terdapat di dalamnya. Antaranya ialah pahala yang berlipat kali ganda, turunya Al-Quran di dalam bulan ini , terdapatnya satu malam yang lebih baik dr seribu bulan (Malam Al-Qadr) dan jg dalam bulan inilah peperangan yang pertama iaitu peperangan Badar berlaku. Dalam peperangan ini, tentera islam berjaya mengalahkana kaum musyrikin walaupun hanya dgn mempunyai 313 org tentera berbanding dgn tentera musyrikin seramai 1000 orang. Bayangkan.begitulah kekuasaan ALLAH S.W.T

Shbt2 yg dikasihi,

Kefardhuan utk berpuasa bkn shj mengajar kita erti kesusahan bahkan ia menjadi tarbiyyah kpd kita untuk lbih mensyukuri segala nikmat Allah, mempunyai kesabaran yang tinggi dan menjadi platform untuk kita berubah. Kita semua sedar akan kelebihanya tetapi adakah kita merebutnya atau melepaskanya berlalu begitu sahaja.

Antara amalan-amalan sunat yang boleh dilaksanakan adalah solat terawih, tadabbur Al-Quran, perbanyakkan zikir, bersedekah, melakukan amal jariah dan bermacam lagi. Jika kita melakukan perkara sunat ini kita akn mendapat pahala seperi mengerjakan amalan wajib. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Baqarah 261 bermaksud


 Bandingan (derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas( kurnianya ) lagi Maha Mengetahui 

Jadi marilah kita bersama-sama meningkat amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr yang lepas..SEKIAN.....Wassalam


No comments:

Post a Comment