Sebagai muslim kita percaya bahawa setelah kehidupan dunia ada kehidupan akhirat. Alam akhirat adalah alam pembalasan atas segala amalan kita di dunia. Oleh itu, tak pernah lekang harapan agar kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Walaupun kebahagiaan akhirat itu lebih perlu dicari, tetapi kita juga menginginkan kebahagiaan di dunia. InsyaAllah

Thursday 27 September 2012

Gemerlapkan Hatimu

Assalamualykum W.B.T

SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR....

Alhamdulillah, dapat juga saya menjengok-jengok blog setelah sekian lama ditinggalkan atas urusan yg lebih penting. Apa khabar semua?? semoga kita sentiasa berada di bawah naungan di dalam keredhaan ALLAH..

Firman Allah S.W.T dalam surah at-taubah :24





Bermaksud:
Katakanlah (wahai muhammad); Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri kamu(atau suami-suami kamu) dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,- jika semuanya itu menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan (azab) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq( derhaka)

Ayat ini menunjukkan kepada kita betapa perlunya kita mencintai Allah S.W.T mengatasi segala yang ada di muka bumi ini.. Benar, kita perlu mengasihi ibu bapa kita sepertimana mereka mengasihi kita sewaktu kita kecil, tetapi haruslah kita ingat bahawa kasih sayang tersebut tidaklah mengatasi kasih sayang kita terhadap Rasulullah dan Allah S.W.T.

Dalam ayat ini juga mengajar kita untuk menginfa'kan harta kita ke jalan Allah. Jangan simpan je duit tu..hihihi.. Antara contoh kita boleh sentiasa bersedekah di masjid atau surau-surau,menbantu saudara seagama kita yg dalam kesusahan dan juga bermacam-macam lagi perkara yg boleh dilakukan.. SubhanAllah..

Dan kita harus ingat bahawa segala keni'matan yang ada pada kita boleh sahaja ditarik oleh Allah pada bila-bila masa..yang penting kita harus membetulkan niat kita dan cinta kepada Allah.



Rasanya cukup setakat ini dulu..InsyaAllah semoga kita semua dapat sesuatu yg berilmu..

-------------------------------


No comments:

Post a Comment