Sebagai muslim kita percaya bahawa setelah kehidupan dunia ada kehidupan akhirat. Alam akhirat adalah alam pembalasan atas segala amalan kita di dunia. Oleh itu, tak pernah lekang harapan agar kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Walaupun kebahagiaan akhirat itu lebih perlu dicari, tetapi kita juga menginginkan kebahagiaan di dunia. InsyaAllah

Sunday 24 June 2012

Mahar perkahwinan

Pada zaman kita, ramai para shabab(pemuda) yg bercita-cita untuk membina gerbang perkahwinan di usia muda...katanya ikut sunnah nabi..oo..bagus la tu...tetapi adakah persediaan kita mencukupi untuk membina sebuah rumah tangga "baitti jannati".

hmm..teringat saya pada suatu kisah di mana, rasulullah pernah didatangi oleh seorang wanita dan berkata "aku menyerahkan diriku kepada Allah dan Rasul".maksudnya nak minta kahwin dgn rasulullah la.. rasuluulah berkata ak belum bersedia lg dan kebetulan ada seorang lelaki yang terdengar perbualan mereka dan berkata" wahai rasulullah kahwinkanlah aku dengan wanita ini", lalu rasulullah bertanya apakah yang kamu ada untuk diberikan kepada wanita tersebut"..maksudnya ialah mahar..

Dalam islam terdapat 2 jenis mahar, iaitu mahar mithil dgn mahar musamma. Apa yer mahar mithil?? mahar mithil adalah mahar seumpama yang dilihat daripada adik-beradiknya,berapa mahar mereka, jadi tidak terbiarlah kaum wanita ini tanpa mahar. Mahar musamma ialah mahar yang telah disebut oleh si suami dalam sighah(ijab qabul perkahwinan).contohnya"aku terima nikah sipolan bt sipolan dgn mas kahwinya(mahar) RM300 tunai"..so maknanya RM300 tu adalah mahar musamama..

Mahar ini hukumnya adalah wajib diberikan kepada si isteri, walaupon si isteri berkata nikahkanlah aku tanpa mahar, hukumnya tetap wajib diberi kerana akhirnya wajib pada si suami untuk memberikan mahar mithil kepada si isteri sebelum berlakunya persetubuhan.

Sahabat2 sekalian, persediaan yg amat rapi perlu dilakukan untuk membina sebuah rumah tangga yang harmoni. Antaranya ialah dengan ilmu. Ilmu merupakan suatu wadah yang amat penting bg memastikan semuanya berjalan dgn lancar, tanpa ilmu kita akan mudah ditipu.

No comments:

Post a Comment