Sebagai muslim kita percaya bahawa setelah kehidupan dunia ada kehidupan akhirat. Alam akhirat adalah alam pembalasan atas segala amalan kita di dunia. Oleh itu, tak pernah lekang harapan agar kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Walaupun kebahagiaan akhirat itu lebih perlu dicari, tetapi kita juga menginginkan kebahagiaan di dunia. InsyaAllah

Thursday 21 June 2012




CINTA.......mudah kan nak disebut ..tapi apa dia yang sebenarnya

Rasa kasih sayang dan perasaan sayang itu berada di dlm setiap individu yang digelar manusia. Ia merupakan suatu sifat yg mmg xdpt dinafikan lg tak kisahlah cinta kepada ibu ayah, saudara  mara, sahabat handai dan sebagainya. Perasaan ini akan timbul apabila eratnya sesebuah sillaturrahim itu, tetapi ia perlulah dikawal.

Memang sudah menjadi bercinta dan dicintai tetapi Islam itu perlulah diletakkan sebagai landasan kepada percintaan sebelum perkahwinan

FIRMAN ALLAH S.W.T 
"JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA, SESUNGGUHNYA ZINA ITU SUATU PERBUATAN YANG KEJI DAN BURUK" (Surah Al-Isra:32)


Ayat ini diturunkan kerana iman kita sifatnya bukan 'static' tetapi turun naik. Bolehkah kita menjamin yang kita menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita sedang menghampiri zina..SubhanAllah..ber'couple' sebelum adanya ikatan yang sah.bukankah itu mendekatkan diri kita dengan zina??

Oleh itu shbt2 sekalian jauhilah 'couple'. ini tidak bermakna kita berserah 100% tanpa usaha, tetapi kita jadilah hamba Allah yang baik dan sentiasa berdoa agar kita segala urusan kita dpermudahkan.

FIRMAN ALLAH S.W.T
"DAN WANITA-WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI-LELAKI YANG BAIK DAN LAKI-LAKI YANG BAIK ADALAH UNTUK WANITA-WANITA YANG BAIK" (Surah An-Nur:26)

Justeru marilah kita ubah prinisip kita dan jadikanlah agama itu sbg landasan untuk menghalalkan apa yang haram yakni melalui perkahwinan


No comments:

Post a Comment