Sebagai muslim kita percaya bahawa setelah kehidupan dunia ada kehidupan akhirat. Alam akhirat adalah alam pembalasan atas segala amalan kita di dunia. Oleh itu, tak pernah lekang harapan agar kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Walaupun kebahagiaan akhirat itu lebih perlu dicari, tetapi kita juga menginginkan kebahagiaan di dunia. InsyaAllah

Tuesday 19 June 2012

FARDHU AIN NO 1 FARDHU KIFAYAH.BUKAN NO.2

Mesti ada yg pelik kan mengapa saya guna no 1 dan no.2..hehehe..begini sebenarnya, kita semua sedia maklum apa itu fardhu ain dan fardhu kifayah..ha..sapa boleh jawab silakan..

Fardhu ain merupakan kewajipan yang dilakukan oleh setiap manusia yang beragama islam cthnya ialah solat, puasa, menunaikan haji dsb. manakala fardhu kifayah ialah perbuatan yang diwajibkan juga kepada setiap umat islam tetapi apabila terdapat segolongan kumpulan yang melaksanakanya, maka gugurlah tanggungjawab tersebut pada satu kelompok lain cthnya pengurusan jenazah, .Faham tak.??? =)

Maksudnya kedua-dua ini tetap menjadi kewajipan kepada kita yang beragama Islam. Ia perlulah diseimbangkan dan kita tidak boleh mengabaikan salah satu daripadanya walaupon kdg2 kita terlepas drpd melakukan pekara yang berkaitan dengan fardhu kifayah. sebab apa?? Sebab sekiranya tiada golongan yang melakuakan perkara ini maka berdosalah orang2 yang berada di kawasan tersebut.. 

Kepentingan kedua-dua konsep tersebut terdapat dalam firman Allah yang bemaksud “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali mereka yang berhubungan dengan tali Allah dan tali daripada manusia”
 (Ali Imran 112), di mana tali Allah adalah hubungan peribadi yang bersifat fardu ain dengannya, sementara tali dari manusia adalah kerja-kerja yang bersifat fardu kifayah.

Maka untuk mengelakkan hal sebegini berlaku, kita perlulah sentiasa menambah ilmu pengetahuan kita spya kita tidak ketinggalan dan tahu selok-belok dalam melakukan perkara yang berkaitan dgn fardhu ain dan fardhu kifayah... 




No comments:

Post a Comment