Sebagai muslim kita percaya bahawa setelah kehidupan dunia ada kehidupan akhirat. Alam akhirat adalah alam pembalasan atas segala amalan kita di dunia. Oleh itu, tak pernah lekang harapan agar kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Walaupun kebahagiaan akhirat itu lebih perlu dicari, tetapi kita juga menginginkan kebahagiaan di dunia. InsyaAllah

Wednesday 20 June 2012

Ingin dikongsi bersama amalan-amalan yang boleh dilakukan  bersempena bulan Sya'ban.


1. Puasa sunat
Mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. membanyakkan puasa di
bulan Sya'ban.

2. Membaca surah Yasin
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya membaca al-
Quran. Setiap huruf diberi dengan ganjaran pahala berganda.
Surah Yasin adalah satu daripada surah dalam al- Quran.

3. Berdoa
Nabi Muhammad s.a.w.mengatakan bahawa doa itu senjata orang
mukmin. Allah SWT memerintahkan hambaNya berdoa nescaya
Allah SWT memperkenankan doa mereka.

4. Mengadakan majlis kenduri
Nabi Muhammad s.a.w.  menggalakkan bersedekah dan
mengeratkan silaturrahim. Kenduri juga merupakan perhimpunan
sanaksaudara dan  keluarga.

5. Bertahlil
Kerana berpendapat tahlil itu mengandungi bacaan dari ayat al-
Quran, zikir   berdoa dan bersitighfar mohon keampunan
Allah SWT terhadap keluarga yang meninggal dunia agar dicucuri
rahmat ke atas rohnya.

Tegasnya, amalan-amalan tersebut tiada larangan melakukannya pada bulan Sya'ban, tiada pula disunatkan kerana bulannya, hari atau malamnya, tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunnahan ibadah tersebut. Al- Hafiz bin Rejab (r.a) menyebut di dalam kitabnya  Lataa'if al- Ma'aarif tentang isu ini- setelah 
membincangkan secara panjang lebar- Malam Nisfu Sya'ban asalnya  diutamakan oleh golongan Tabi'in di kalangan penduduk Syam antaranya Khalid bin Mi'dan, Makhul, Luqman bin 'Amir dan  lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. 

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. mengenai fadhilat dan kelebihan 
bulan Sya'ban. Antara hadis-hadis tersebut; 

Usman bin Zaid menceritakan : " Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., 
wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada 
lain-lain bulan seperti di bulan Sya'ban; lalu baginda menjawab, itulah bulan 
Sya'ban di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rajab 
dan bulan Ramadhan; ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada 
Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya (baginda) amat suka kiranya amalan 
saya diangkat ketika saya sedang berpuasa". 
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan an- Nasai)




Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Apabila tiba malam nisfu Sya'ban, maka 
pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadah dan 
berpuasa pada siangnya". Allah SWT berfirman, " Sesiapa yang meminta ampun 
maka Aku mengampunkannya.



lagi satu jgn lupa juga yer malam nisfu sya'ban (15 Sya'ban).

Justeru marilah sama berdoa agar kita dpat dipertemukan dgn Ramadhan Al-Mubarak.


No comments:

Post a Comment